Filled Under:

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2017..(MOHON SHARE)

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2017..(MOHON SHARE)




Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2017. Bila tarikh bayar bonus 2017? Berita baik buat seramai 1.6 juta penjawat awam di negara ini. Kakitangan kerajaan akan menerima RM500 sebagai bayaran khas yang akan dibayar pada awal Januari 2017. 

Sebelum ini Pihak Cuepacs telah memohon pemberian bonus 2 bulan gaji. Namun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat pada hari Jumaat, 21 Oktober 2016 telah mengumumkan pemberian bayaran khas sebanyak RM500. Pesara Kerajaan juga akan menerima bantuan kewangan khas sebanyak RM250.



TARIKH BAYARAN BONUS KAKITANGAN AWAM 2017

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Pemberian Bayaran Khas RM500 Kakitangan Awam 2017. Pembayaran akan dibuat pada tarikh berikut mengikut surat pekelililing ANM Peraturan Pembayaran Khas tahun 2016.

Jumlah Bayaran Khas : RM500
Jumlah Bayaran Untuk Pesara Kerajaan : RM250
Tarikh Pembayaran : 3 Januari 2017 untuk kakitangan awam dan pesara



Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2017


Untuk makluman, pada bulan Jun 2016 yang lalu, Kerajaan telah memberi Bantuan Khas Kewangan Hari Raya sebanyak RM500 dan RM250 kepada penjawat awam dan pesara kerajaan masing-masing untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. 

Berikut diantara ucapan Perdana Menteri ketikan mengumumkan pemberian bayaran khas 2017 di Pembentangan Bajet 2017.
 Menghargai Sumbangan Penjawat Awam

"Kepada kakitangan awam, saya tahu kamu tak tidur lena jika saya tidak mengumumkan perkara ini. Saya ada berita baik". Sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan yang terpuji oleh penjawat awam, saya dengan sukacitanya mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM250 untuk pesara kerajaan.

Semoga Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2017 ini boleh dijadikan belanja buat menyiapkan anak-anak ke sesi persekolahan 2017.