Filled Under:

Semakan BR1M 2017 Keputusan Permohonan Dan Rayuan..(MOHON SHARE)

Semakan BR1M 2017 Keputusan Permohonan Dan Rayuan..(MOHON SHARE)




panduan Cara Buat Semakan Status Permohonan Dan Rayuan BR1M 2017. Hendak tahu status permohonan dan rayuan BR1M 2017 anda samada berjaya atau tidak? Jawapannya semak BR1M 2017 secara online dan sebagainya. Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk menyemak status permohonon BR1M seperti dinyatakan di bawah ini. Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017/6.0 akan dinaikkan untuk semua kategori penerima. Maklumat semakan BR1M 2017 akan dikemaskini dari masa kesemasa


Semakan Keputusan Status Permohonan BR1M 2017
Semakan status BR1M 2017 boleh disemak menggunakan kaedah berikut :-
1. Semak Online
Boleh disemak di STATUS BR1M 2017.  Permohonan hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja. 
Contoh: 860424035123 

Status Permohonan
Berikut diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-
Diterima  :  Permohonan Telah Didaftar
Dalam Proses  :   Permohonan Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan
Ditangguhkan :  Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan
Lulus :  Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
Tidak Lulus :  Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya
Status Kredit Tidak Berjaya : Surat makluman lulus Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

2. Semakan Melalui e-Mail
Hantar email anda ke alamat br1m@treasury.gov.my mengenai status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.

3. Semakan Melalui Telefon 
Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
Borang Rayuan BR1M
Maklumat berkaitan permohonan rayuan BR1M 2017 akan dikemaskini dari masa kesemasa. Informasi dibawah yang dikongsikan ini adalah untuk Rayuan BR1M 2016. 
 "Borang Rayuan BR1M 2016 beserta panduan membuat rayuan bagi mereka yang gagal sila klik Rayuan BR1M 2016. Jumlah bayaran
 BR1M 2017 dinaikkan."


Pemohon boleh melayari Facebook LHDN di LHDN Malaysia.  
Nota
Dikongsikan dari FB LHDN, semakan status kelulusan BR1M 2016 secara online boleh dibuat mulai 28 Januari 2016. Difahamkan penerima BR1M tahun ini telah menerima pembayaran seawal 26 Januari 2016. 





semakan status kelulusan br1m 2016
Borang Permohonan BR1M 2017 Online
* Permohonan baru Online dan kemaskini BRIM tahun 2017 akan dibuka pada  5 Disember hingga 31 Disember 2016 di https://ebr1m.hasil.gov.my/
* Tarikh permohonan baru dan kemaskini telah dilanjutkan dari 1 Januari sehingga 13 Januari 2017 


* Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. 

* Bagi pemohon baru, pengguna boleh mendaftar secara dalam talian (Online) atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 
Sebagai makluman, senarai bank yang terlibat dalam pembayaran BR1M 2016 adalah disertakan di bawah ini.

Berikut pula adalah syarat kelayakan permohonan BR1M 2017 yang dikongsikan dari Laman Web Rasmi eBR1M.

SYARAT KELAYAKAN
Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar
#


Kemukakan Salinan:
MyKad bagi pemohon
MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
 Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2016.
Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia

1. Kategori e-Kasih (Pendapatan Bulanan di bawah RM1,000 sebulan) : Jumlah Bantuan RM1200
Daftar Borang eKasih
Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400 (RM250 :28 Januari 2016)
Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM400 (RM250 : 28 April 2016)
Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM400 (RM300 : 15 Jun 2016 - sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
Ansuran Keempat : Tiada (RM250 : 28 September 2016)

2. Kategori Pendapatan Bawah RM3k : Jumlah Bantuan RM1,200
Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400 (RM250 : 28 Januari 2016)
Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM400 (RM250 : 28 April 2016)
Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM400 (RM250 : 15 Jun 2016 - sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
Ansuran Keempat : Tiada (RM250 : 28 September 2016)

3. Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k : Jumlah Bantuan RM900
Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM300 (RM200 : 28 Januari 2016)
Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM300 (RM200 : 28 April 2016)
Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM300 (RM200 : 15 Jun 2016 - sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
Ansuran Keempat : Tiada (RM200 : 28 September 2016)

4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k : Jumlah Bantuan RM450
Februari 2017 : RM450 (RM400 pada 28 Januari 2016)
SENARAI BANK YANG TERLIBAT BAGI PEMBAYARAN BR1M 2017

BIL NAMA BANK
1 AFFIN BANK
2 AGRO BANK
3 ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
4 AM BANK BERHAD
5 AL RAJHI BANK
6 BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
7 BANK RAKYAT
8 MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
9 BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
10 CIMB BANK BERHAD
11 CITIBANK BERHAD
12 HONG LEONG BANK
13 HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
14 MAYBANK
15 OCBC BANK
16 PUBLIC BANK BERHAD
17 RHB BANK BERHAD
18 STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
19 UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Semoga semua pemohon BR1M 2017 yang layak berjaya dalam permohonan dan rayuan anda.

Semoga panduan Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia ini bermanfaat buat semua penerima BR1M.