Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia...(MOHON SHARE)
Tarikh Terima Bayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia. Bilakah tarikh bayaran BR1M 2017? Dalam pembentangan Bajet 2017, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diteruskan pada tahun 2017 dengan jumlah bantuan dinaikkan. Mengikut rekod pembayaran tahun-tahun lepas, tarikh Pembayaran BR1M 2017 telah dibuat secara ansuran sebanyak 4 kali kecuali kategori bujang hanya sekali. Namun untuk tahun 2017, pembayaran akan dibuat sebanyak 3 kali ansuran kecuali kategori bujang.
Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia
Berikut dikongsikan jadual/ tarikh pembayaran BR1M 2017 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Tarikh Permohonan dan kemaskini BR1M 2017 boleh dibuat bermula dari 5 Disember hingga 31 Disember 2016. Permohonan telah dilanjutkan dari 1 Januari sehingga 13 Januari 2017.
Tarikh Pembayaran BR1M 2017 akan dibayar secara berperingkat sebanyak 1 kali bagi bujang dan 3 kali bagi Isirumah pada tahun 2017. Bagi yang masih belum mendaftar atau kemaskini online BR1M 2017 anda boleh berbuat demikian dengan segera sebelum 13 Jan 2017. Daftar dan Kemaskini BR1M 2017
Jadual Pembayaran BR1M 2017
RM 1,200
– Isi rumah berpendapatan bulanan RM 3,000 dan ke bawah
FEB – RM 400
JUN – RM 400
OGOS – RM 400
RM 900
– Isi rumah berpendapatan bulanan RM 3,001 – RM 4000
FEB – RM 300
JUN – RM 300
OGOS – RM 300
RM 450
– Individu berpendapatan bulanan RM 2,000 dan ke bawah
FEB – RM 450
SYARAT KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.
4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
5. Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2017.
Sebarang perubahan jadual pembayaran akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Semakan atau maklumat lanjut mengenai BR1M, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.
Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2017.
Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.
Kaedah Cara Pembayaran BR1M 2017
* Akan dikemaskini
1. Akaun Bank
Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima untuk pemohon yang menyatakan no akaun bank semasa memohon.
2. Baucar BR1M
Pemohon yang tiada akaun bank akan menerima baucar bayaran BR1M. Ianya boleh ditunaikan di bank seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank.
Hotline BR1M
Untuk sebarang masalah atau pertanyaan mengenai BR1M 2017, boleh hubungi:
Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
Email kepada br1m@treasury.gov.my.
Semoga panduan Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia ini bermanfaat buat semua penerima BR1M.