Filled Under:

9 Jenis Lelaki Yang Sesuai Dijadikan Suami.. .INI Penting Dalam Memastikan RumahTangga Yang Dibina Kekal Hingga ke Akhirnya...INsyaAllah!!

 9 Jenis Lelaki Yang Sesuai Dijadikan Suami.. .INI Penting Dalam Memastikan RumahTangga Yang Dibina Kekal Hingga ke Akhirnya...INsyaAllah!!




 9 Jenis Lelaki Yang Sesuai Dijadikan Suami.. .INI Penting Dalam Memastikan RumahTangga Yang Dibina Kekal Hingga ke Akhirnya...INsyaAllah!!


Menjalin hubungan yang bahagia adalah harapan semua pasangan, tetapi tidak semudah yang dibayangkan. Lelaki yang sangat mencintai wanitanya memiliki pengendalian diri yang baik, dia tidak akan mudah cemburu, sakit hati ataupun mudah tersinggung dengan anda.

Ketahui lagi ciri-ciri lelaki yang sesuai dijadikan suami berikut ini:

Tips mengenali lelaki yang baik

1. Menjaga solat

Kena cari yang jaga solat. Sebabnya kalau dengan tuhan yang maha penyayang pun dia tak amanah dan tak setia, macam mana anda nak harapkan dia amanah dengan anda? Sesungguhnya solat itu mencegah daripada benda fasik dan mungkar.

2. Menghormati anda

Seorang lelaki yang baik akan menerima anda seadanya, dia takkan merendah-rendahkan diri anda. Elakkan lelaki yang suka menengking atau merendahkan diri anda. Walaupun anda anda hanya bekerja kilang dan tak berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti, itu bukanlah ‘green light’ untuk si dia menghina anda.

3. Tidak suka menyalahkan orang lain

Lelaki sejati berani menerima tanggungjawab dan mengaku kesalahan. Memang sifat insan kadang-kadang kita membuta kesilapan, tetapi sebagai lelaki kenalah tahu akan tanggunjawap dirinya. Elakkan lelaki yang sentiasa mengkritik dan menyalahkan orang lain.

4. Bercinta selepas berkahwin

“Barangsiapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya.” (HR. Abu Dawud).

5. Menghargai lebih daripada fizikal

Hati-hati dengan orang yang suka memuji fizikal anda. Jika lelaki tersebut obses dan asyik memuji fizikal diri anda sahaja, itu petanda bahaya. Seorang lelaki yang baik akan menghargai kepandaian, sikap dan karektor diri, dan peribadi anda. Jika tumpuan dan pujiannya senada hanya pada fizikal, berhati-hatilah.

Sebabnya, jika fokusnya hanya pada fizikal, berkemungkinan bila sudah tua, dia sibuk mencari yang lain, yang lebih muda. Malah, jika teman lelaki anda suka anda berpakaian seksi, itu tanda dia lelaki yang salah untuk anda.

6. Bercita-cita/Berwawasan

Jika lelaki obses dengan anda dan langsung tiada visi dan cita-cita, itu bukanlah petanda yang baik. Seorang lelaki yang baik harus ada impian dan cita-cita mahu menyumbang dan menjadikan dunia lebih baik.

Si dia haruslah berfikiran jauh dan merancang masa depan. Carilah seorang lelaki yang matang dan serius dalam percintaan. Janganlah kerana lelaki itu kerjanya hanya menjual burger, anda hina dan merendahkan dirinya pula. Berniaga itu sunnah Nabi.

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya…….”. Surah An-Nur: ayat 32-33.

7. Rajin

Tuhan suka hamba-Nya yang bila buat sesuatu, dia buat dengan sebaik-baiknya. Jangan cari lelaki pemalas yang siang malamnya hanya membazirkan masa. Sesekali bersantai tidak buat apa-apa tidak mengapa, merehatkan minda. Tapi jika tidak, eloklah cari lelaki yang lain.

8. Jangan cari lelaki kaki perempuan

Abam sado sekalipun, kalau dia jenis bawa anak-anak gadis orang ke hotel, lupakan sajalah si dia.

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” Surah Al Israa’: Ayat 32

9. Berani

Carilah yang berani dan sanggup membela dan melindungi anda. Tapi jangan cari lelaki yang suka berpakaian perempuan dan sebagainya. Sebab Allah melaknat lelaki yang suka memakai pakaian perempuan. Tidak kira apa yang Hakim Mahkamah cakap, ingat bahawa Allah melaknat lelaki yang berpakaian dengan pakaian perempuan.

Abdullah Ibnu Mas’ud Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda pada kami: “Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kahwin, kerana ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu.” Muttafaq Alaihi.