Filled Under:

JAdual Tarikh Pembayaran BR1M 2017. (MOHON SHARE)

JAdual Tarikh Pembayaran BR1M 2017. (MOHON SHARE)




Jadual Tarikh Pembayaran BR1M 2017. 
Daftar dan Kemaskini BR1M 2017 anda secepat mungkin sebelum Jadual Tarikh Pembayaran BR1M 2017. Tempoh permohonan BR1M 2017 telah dilanjutkan dari 1 Januari 2017 sehingga 13 Januari 2017.


Tarikh Pembayaran BR1M 2017 akan dibayar secara berperingkat sebanyak 1 kali bagi bujang dan 3 kali bagi Isirumah pada tahun 2017. Bagi yang masih belum mendaftar atau kemaskini online BR1M 2017 anda boleh berbuat demikian dengan segera sebelum 13 Jan 2017. Daftar dan Kemaskini BR1M 2017

Jadual Pembayaran BR1M 2017

RM 1,200
– Isi rumah berpendapatan bulanan RM 3,000 dan ke bawah
FEB – RM 400
JUN – RM 400
OGOS – RM 400


RM 900
– Isi rumah berpendapatan bulanan RM 3,001 – RM 4000
FEB – RM 300
JUN – RM 300
OGOS – RM 300

RM 450
– Individu berpendapatan bulanan RM 2,000 dan ke bawah
FEB – RM 450

SYARAT KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.
4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
5. Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2017.

Sebarang perubahan jadual pembayaran akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Semakan atau maklumat lanjut mengenai BR1M, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari portal rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.

Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
Penerima Kad Debit Pelajar TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2017.