TERBARU:DI JOHOR GADIS CANTIK 23 TAHUN MAUT DIKELAR,SEBARKAN SUSPEK MASIH BEBAS (4 FOTO)
Johor Bahru – Wanita berusia 23 tahun maut ditetak seorang lelaki dikenalinya di tepi jalan sebuah kawasan perumahan di Taman Scientex dekat Pasir Gudang, tengah hari semalam.
Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, mangsa, V Dunga Devi, yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di Lapangan Terbang Changi, Singapura, berada di hadapan pintu pagar rumah rakannya sebelum didatangi suspek lelaki yang dikenalinya.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, mangsa tiba-tiba didatangi suspek yang bersenjatakan parang dan terus menyerang mangsa menyebabkannya maut di tempat kejadian. “Mangsa maut akibat kecederaan parah akibat ditetak dengan parang oleh suspek di bahagian kepala, leher dan kedua-dua belah tangan.
“Terdapat beberapa orang saksi yang melihat kejadian itu tetapi tidak sempat untuk berbuat apa-apa bagi membantu mangsa,” katanya. Beliau berkata, suspek kemudian lari dan menghilangkan diri dengan menunggang sebuah motorsikal jenis Yamaha 125ZR sejurus kejadian itu.
Katanya, setakat ini pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu berlaku bermotifkan dendam atau cemburu membabitkan mangsa dan suspek. “Kita sedang giat memburu suspek bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Jokhiri memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek untuk tampil membantu siasatan. “Suspek dikenali sebagai M Siva Sangker berusia 32 tahun dan bekerja sebagai pemandu bas kilang ke Singapura. “Alamat rumah terakhirnya adalah di Flat Tasek, Bandar Seri Alam,” katanya. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07- 2212999 atau melalui Hotline Polis Daerah Seri Alam di talian 07-3864222. –
Harian Metro