Filled Under:

PANAS ! Ini WARNING Dari Suami Nora Buat Korang Lepas Tak Tahan Tengok Isterinya Di Fitnah OLEH NETIZEN

PANAS ! Ini WARNING Dari Suami Nora Buat Korang Lepas Tak Tahan Tengok  Isterinya Di Fitnah OLEH NETIZEN





KUALA LUMPUR ­ Komposer Johan Nawawi, dilaporkan bakal mengambil tindakan undang­undang terhadap mana­mana pengguna media sosial
yang memfitnah dia dan isterinya, Nora Ariffin. 
Lapor Harian Metro, Johan telah merujuk dan mendapatkan nasihat daripada bahagian siasatan jenayah siber Polis Diraja Malaysia Bukit Aman
berhubung perkara itu. 
"Buat masa sekarang, saya berdiam diri dulu. Tetapi jika selepas ini masih ada komen­komen yang dilemparkan berbaur fitnah, saya tidak teragakagak
untuk membuat laporan polis. 
"Saya  sudah  membuat  salinan  beberapa  akaun  netizen  serta  komen  mereka  yang  memfitnah  saya  dan  keluarga.  Bagi  saya,  perkara  itu
mengganggu ketenteraman kami sekeluarga," katanya. 
Menurut Johan, perkara itu tercetus sejak minggu lalu apabila Nora didakwa menukar lagu daripada genre dangdut kepada rock pada minggu
keenam  Gegar  Vaganza  3  (GV3).  Pada  minggu  ketujuh  pula,  netizen  mula  menyatakan  rasa  tidak  puas  hati  apabila  Nora  diberikan  tugasan
menyanyikan lagu sendiri. 
"Kalau nak komen atau kritik berkenaan nyanyian tak mengapa. Itu saya okay lagi. Tetapi apabila sampai tahap memfitnah, itu sangat keterlaluan. 
"Kenapa perlu menuduh saya membayar pihak Astro agar isteri saya mendapat lagu yang sesuai dengannya? Tiada sebab untuk saya berbuat
demikian. Lebih teruk apabila ada yang komen mengatakan isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan VIP. Itu semua mengarut," katanya. 
Johan berkata, dia tidak akan membiarkan perkara ini berterusan  kerana ia menimbulkan persoalan dalam  kalangan anak­anaknya  yang turut
membaca komen itu. 
Semalam, Johan memuat naik status di laman Instagramnya berkenaan sikap kurang ajar segelintir netizen yang memfitnah dirinya. Dalam status
itu, Johan menyelar tindakan netizen yang seolah­olah tidak sensitif dengan isu seperti itu.
Lapor Berita  Harian  22  Oktober  lalu,  Nora  pernah  memaklumkan  bahawa  suaminya  tidak  begitu  memberi  sokongan  terhadap  pembabitannya
dalam GV3 menyebabkan dia terkilan.
Bagaimanapun Nora menjelaskan bukan niatnya mahu mengaibkan suami, sebaliknya sekadar luahan hati selepas berdepan pelbagai tekanan
kerana tidak mahu mengecewakan kepercayaan besar yang diberikan peminat