Sungai Petani: Wanita dan teman lelakinya direman seminggu bagi membantu siasatan kes kematian budak lelaki berusia dua tahun yang mayatnya ditemui disumbat dalam tong ikan di Flat Paya Nahu, Sungai Petani, 1.25 pagi tadi.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Mohd Izham Ali yang menetapkan kedua-dua suspek berusia 26 dan 34 tahun direman sehingga 30 November ini.
Perintah reman dipohon pihak polis bagi mengikut Seksyen 117Kanun Acara Jenayah bagia membantu siasatan kes itu.