Filled Under:

EKSKLUSIF: LAPORAN LENGKAP KEBAKARAN DI HOSPITAL SULTANAH AMINAH. USAH PERCAYA LAGI PADA CERITA PALSU DARI BLOG LAIN.


Orang ramai berkongsi detik cemas

Sementara itu seorang saksi kejadian Habibah Abd Ghani, 37, berkata dia hanya menyedarinya kebakaran itu sebaik keluar dari bangunan berkenaan.

"Ketika kejadian saya berada di wad tingkat empat menemani bapa saya yang ditahan dalam wad akibat sakit tulang rusuk.

"Kemudian saya mendengar riuh rendah dan kami yang berada di situ diminta oleh jururawat supaya keluar dari wad berkenaan. Keadaan adalah terkawal ketika kami turun menerusi tangga sambil dibantu oleh kakitangan hospital," katanya kepada pemberita.

Habibah berkata dia kemudiannya melihat ramai pesakit dan kakitangan hospital berada di sekitar kawasan hospital.

Tinjauan Bernama pada tengah hari tadi mendapati persekitaran hospital  sesak dengan kebanyakan pesakit dan kakitangan masih berada di luar bangunan hospital.

JOHOR BAHRU: Enam pesakit terdiri dari empat wanita dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi.

"Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali," katanya.

Othman berkata bagaimanapun kebakaran tidak merebak ke tempat lain.