Shahilda Fadhil Kongsi Kronologi Didera Suami Semenjak Seminggu Selepas Kahwin|Shahilda Fadhil Kongsi Kronologi Didedara Suami Semenjak Seminggu Selepas Kahwin|Shahilda Fadhil 22 tahun berasal daripada bukit gambir muar adalah seorang wanita mangsa keganasan suaminya yang merupakan anggota SPRM.
Beliau yang ditemui di rumah orang tuanya bukit gambir muar menceritakan kronologi bagaimanakah dia diperlakukan seperti binatang sepanjang perkahwinannya dengan suaminya itu,sebagai mana yang viral baru baru ini dilaman media sosial facebook.
Seperti yang divirakan dalam facebook Aida adalah mangsa penderaan secara keksual dan dipukul oleh suami,boleh ida kenalkan diri ida dan suami?
Nama saya Shahilda Fadhil umur 22 tahun berasal dari pada bukit gambir muar.
Suami saya bernama Muhammad Nasrin Bin Abdulullah 37 tahun,bekerja di SPRM cawangan segamat.
Dah berapa lama berkahwin?
Saya berkahwin sudah satu tahun 4 bulan,dan memiliki seorang anak hasil perkahwinan dengan suami.
Boleh ida ceritakan pengalaman kehidupan selama tempoh setahun empat bulan bersama suami?
Seminggu selepas kahwin, saya dah dipukul oleh suami.
Dipukul macam mana ida?
Dia pukul ,dia pijak saya dia cekik saya dekat dinding sampai saya tak boleh nafas dia hempas saya dekat dinding,dia hentak kepala saya dekat simen.
Lepas dia pukul dia biar saya macam binatang,kemudian dia keluar dan balik macam tiada apa apa yang berlaku, dia tak ada pujuk saya.
Bagaimana ida boleh pertahankan perkahwinan selama 1 tahun 4 bulan?
Saya pertahankan sebab saya nak jadi isteri yang baik untuk dia,saya nak jadi ibu yang baik untuk anak kami,tapi dia tak nampakpun apa yang saya buat.
Saya paham sebab dia bukan dilahirkan sebagai seorang islam,saya cuma nak berusaha bimbing dia kejalan Allah,tapi dia tak nak,dia tak pergi pun kepejabat agama yang pejabat agama anjurkan,
Saya yang pergi,saya balik saya nak ajar dia mengaji dia tak nak,dia sibuk dengan Hp,tengok facebook ,wassap.
Bagaimanakah layanan suami terhadap ida selama dalam tempoh perkahwinan.
Dia layan saya betul betul macam binatang,macam saya tak ada perasaan,dan dia tidak membenarkan saya kerja,selama dia bekerja, saya dikurung dalam rumah, tidak dibenarkan keluar.
Apa tujuan ida sebenarnya memviralkan kejadian ini? adakah ida sengaja memviralkan kes ini semata mata untuk mengharap suami insaf dan kembali kepadanya? sebab ini adalah hal rumah tangga ida.
Saya taknak kembali lagi dengan dia bagaimana pun,cuma saya harap dia berubah dan bersujud pada Allah,selagi masih diberi peluang.
Selain suami gemar memukul ida Apakah suami ida memiliki tabiat buruk lain?
Dia ada tabiat buruk lain,dia masih lagi pergi ke klab malam,minum arak,hisap ais,hisap ganja.
Masa dia pukul ida adakah dia dalam keadaan waras atau dalam keadaan pengaruh alkohol dan dadah?
Dia dalam keadaan waras bila dia pukul saya,dia tidak mabuk,dia pukul saya sebab dia cemburu.
Selama 1 tahun 4 bulan berapakali dia pukul ida?
Selama tempoh perkahwinan saya, sudah lebih 15 kali dia pukul saya,dan saya mengalami trauma dan sakit yang sangat teruk.
Pernahkan ida minta tolong ahli keluarga untuk menasihati suami?
Saya pernah minta ahli keluarga saya untuk menasihati dia,tapi dia melawan sampai dia bergaduh dengan bapa saya,dia maki bapa saya karena tak boleh terima kalau keluarga saya tegur dia,dia tak boleh kalau orang nampak dia salah.semua yang dia cakap saja benar dan dia sangat pandai berlakon baik.
Dalam luahan ida di facebook kami ada terbaca keganasan yang dilakukan suami secara seksual,boleh ida cerita sedkit?
Dia malakukan keganasan seksual yangsa sangat teruk,dia layan saya macam pelacur sehingga saya pernah membuat pembedahan kecil di bagian faraj,dalam pantang juga dia meminta saya melayaninya macam pelacur meskipun saya taknak bersama, dia akan paksa.
Berkait dengan isi suami yang memaksa ida untuk menghisap kemaluan anak sendiri,adakah itu benar?
Dia paksa saya buat benda tak senonoh dengan anak sendiri,saya tak buat,tapi dia paksa jilat kaki dia,jilat lantai yang bersepah dengan habuk rokok.
Adakah ida buat semua itu?
Ia,saya terpaksa,anak saya juga pernah ditendang hingga bagian gusinya pecah.
Ia,saya terpaksa,anak saya juga pernah ditendang hingga bagian gusinya pecah.
Bagaimanakah ida selamatkan diri rumah,adakah ida dihalau dari rumah atau ida sendiri yang keluar rumah.
Saya keluar dari rumah melarikan diri,untuk selamatkan anak anak saya,saya tak nak saya dan anak anak cedera lebih teruk lagi,sebelumnya dia tak pernah pukul anak saya,tapi kali ini dia sudah mula pukul anak,dan saya cuba selamatkan anak anak saya dengan keluar dari pada rumah.
Selepas saya dipukul saya lari kerumah jiran,dan cuba minta tolong,tapi jiran tak boleh tolong banyak,sebab dia masih dalam pantang.
Kemudian saya pinjam Hp dan menghubungi ahli keluarga saya untuk jemput saya,mereka yang datang jemput saya dan bawa saya pergi kebalai polis.
Apa harapan ida selanjutnya?
Harapan saya supaya pihak SPRM supaya bertindak tegas terhadap kes saya,dan mengambi tindakan secepat mungkin,sebab saya memang rasa tidak selamat.
Adakah ida sudah laporkan kepada mahkamah sayriah?
Saya sudah laporkan ,cuma kes belum berjalan lagi.tutup ida.
Bagaimanapun menurut perkembangan terkini Polis johor telah mengesahkan menerima dua laporan dan sedang memburu Anggota SPRM terbabit.
Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata pihaknya ada menerima dua laporan daripada wanita mendakwa isteri suspek yang dipukul dan diugut dengan parang serta mangsa keganasan seksual.
Diketahui Suspek dalam kes ini memiliki rekod lampau berhubung kes dadah di Muar pada tahun lalu.dan pihak Polis johor telah memandang serius kejadian ini dan sedang berusaha mengesan suspek untuk mempertanggung jawabkan perbuatannya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.