Filled Under:

Gadis Cina DICABUL Pak Arab ! Tentu Anda Takkan Sangka Apa Tindakkan Lelaki Ini !! Memang MENGEJUTKAN..!!!




Gadis Cina DICABUL Pak Arab ! Tentu Anda Takkan Sangka Apa Tindakkan Lelaki Ini !! Memang MENGEJUTKAN..!!!
Rakyat Malaysia ramai yang menggunakan pengangkutan awam seperti Komuter, Bas, Teksi, Lrt dan sebagainya untuk bergerak menuju ke destinasi samada tujuan ke tempat kerja atau bersiar-siar. Ini kerana untuk mengelakkan dari kesesakan dan jimat kos.
Walaupun pengangkutan awam ini memudahkan dan menjimatkan kos, namun pada waktu kemuncak pengangkutan awam ini menjadi sesak dan membuat ramai pengguna tidak selesa dan ada individu yang mengambil kesempatan untuk melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh dan buruk.
Seorang pengguna FB Mohd Norhafiz (LINK) menceritakan detik Beliau menyelamatkan seorang gadis yang hampir dicabul di dalam komuter.
Perasan gadis Cina ni macam mendengus dan bergerak.
Hari ini aku naik komuter balik ke rumah dari KL Sentral. Waktu puncak. Jadi tiada tempat duduk.
Aku berdiri depan pintu masuk. Depan aku ada seorang gadis muda Cina (seperti pelajar kolej) berdiri bersama bagasi. Di sebelah gadis Cina ada seorang lelaki arab berdiri.
Macam biasa, aku akan buka buku dan baca dalam tren. Sebelum sampai Bank Negara, aku tiba-tiba perasan gadis Cina ni macam mendengus dan bergerak sedikit hampir kepada aku. Aku beri ruang.
Selepas Bank Negara, aku perasan macam gadis Cina ni macam tak keruan. Asyik nak bergerak menjauhkan dari sesuatu. Aku tutup buku.
Aku perasan gadis Cina ni selang beberapa saat pasti tengok tangan lelaki Arab di sebelahnya.
Aku tengok lelaki Arab tu. Dia pula asyik-asyik tenung badan gadis Cina.
Sah. Mesti ada tak kena dengan lelaki Arab ni. Aku perhati saja.
Lelaki Arab selalu hayun tangan. Konon macam nak pegang tiang situ, nak pegang pintu sini. Nak keluarkan telefon bimbit lah. Nak garu badanlah. Tapi pegerakan tangan dia semua macam nak menyentuh gadis Cina ni.
Aku dah panas. Aku tenung dia lama-lama. Tapi dia buat tak tahu.
Seorang lelaki Arab cuba menyentuh gadis Cina itu tapi tak kena.
Menghampiri stesen Putra. Tren nak berhenti. Dia buat pula badannya konon nak terikut sehingga hampir nak menyandar ke gadis Cina ni. Tak sempat kena. Sebab aku dah mendengus. Dia cepat berdiri tegak semula.
Aku tanya gadis Cina tu sedikit perlahan.
“Did he touch you?”
Tak jawab. Tunduk muka. Dalam hati aku, tak faham Bahasa Inggeris ke dia ni.
Lelaki Arab tu buat perangai hayun tangan nak menghampiri badan gadis Cina tu lagi. Gadis Cina tu dah rapatkan tangannya ke badan.
Aku tanya lagi.
“Dia tadi pegang you ke?”
Tak jawab. Tunduk muka. Dalam hati aku, tak faham Bahasa Melayu ke dia ni.
Aku tenung laki Arab tu. Hati makin panas. Rasa nak tumbuk je muka. Sebabnya dia masih lagi nak buat-buat hayun tangan. Mulut aku dah kumat kamit mencarut. Entah berapa banyak pahala puasa aku habis.
Aku cepat-cepat suruh dia masuk ke dalam sedikit & lelaki Arab cuba mengekori
Selepas stesen Putra, aku suruh gadis Cina tu bergerak bahagian dalam menjauhi pintu dan laki Arab.
Cepat-cepat dia masuk. Sampai tergoleklah bagasi dia. Eh, faham pula gadis Cina ni bahasa Melayu, dalam hati aku berkata.
Laki Arab ni cuba nak masuk dalam. Aku cepat halang dia. Duduklah kau belakang aku. Kalau kau raba punggung aku, buka puasa makan penyepak lah jawabnya kau.
Barulah aku nampak gadis Cina ni tadi jadi selesa. Memang sah lelaki Arab tu nak mencabul.
Lelaki Arab tu turun Segambut.
Gadis Cina tu turun di Kepong Sentral. Tapi dia sempat tengok aku dan anggukkan muka sebelum turun.
Wanita, mintalah tolong orang sekeliling
Kepada perempuan Malaysia, kalau kena raba tu sila lah minta tolong orang sekeliling. Kalau aku dah tanya tu, silalah jawab. Aku memanglah kurus melidi. Tapi aku pun akan minta tolong orang lain sama-sama “uruskan” lelaki macam ni.
Kepada gadis Cina, jangan kau ingat kerana aku Melayu dan Islam, aku tak akan pertahankan kau. Jangan kau ingat aku akan pertahankan lelaki Arab yang sama agama dengan aku.
Tak kira lah samada kau perempuan Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun, Serani, Bidayuh, Jakun. Atau Buddha, Kristian, Hindu, Freethinker. Kalau ada lelaki jenis macam ni nak mencabul, ramai lelaki yang berlainan bangsa dan agama dengan kau sedia menolong. Cuma tolong beritahu sajalah.

Sumber : FB Mohd Norhafiz (LINK)