Filled Under:

Allah.... Allah... Allah... Cerita SEBENAR Gadis 25 Tahun Maut Kerana Daging Salai Petang Tadi ! Baca Sampai Habis !

Allah.... Allah... Allah... Cerita SEBENAR Gadis 25 Tahun Maut Kerana Daging Salai Petang Tadi ! Baca Sampai Habis !




Pendang: Seorang perempuan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas dipercayai tercekik ketika makan daging salai di rumahnya di Kampung Bukit Raya Dalam, di sini.


Nur Azimah Abdullah Alharith, 25, disahkan meninggalkan dunia sebaik tiba di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk rawatan, dekat sini, 6.30 petang semalam.


Arwah bersama keluarga dikatakan sedang menikmati daging korban yang dimasak salai namun tiba-tiba dia mengadu sesak nafas dipercayai akibat tercekik, pada 5.33 petang.


Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pendang, Norlizawati Ismail, berkata pihaknya hanya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.53 petang.


Katanya, panggilan meminta bantuan untuk menghantar mangsa ke HSB.


Menurutnya, sebaik tiba lima minit kemudian arwah ketika itu sudah tidak sedarkan diri namun masih bernafas sebelum terus menghantarnya ke HSB.


"Bagaimanapun sebaik tiba di hospital, arwah disahkan meninggal dunia," katanya.