Filled Under:

'Macam Mana Aku Nak Hormat Polis Malaysia ! Kau Tu Melayu, Kau Tu Islam !'

Menurut Muhamad Haziq, nilai daging yang diperas itu mencecah ribuan ringgit. Tulisnya di Facebook:
Kepada pegawai penyiasat (IO) Gua Musang yang datang marah-marah, buat berlagak dan sombong engkau tu, sedikit pun aku tak hormat engkau! Kerana cara engkau bercakap macam betul engkau berkuasa. Engkau Melayu, engkau beragama Islam, tolong cakap baik-baik. Macam mana aku nak hormat Polis Malaysia ni? Anda semua tengoklah, buat kerja sedikit, minta (pau) daging berkotak-kotak. Nilai bukan ratus ya tu, ribu tu.

Disebabkan polis macam engkau, busuk habis nama polis ini. Kita dah elok tidak memberikan rasuah, tetapi polis yang minta.

Tak bagi kena marah, tak bagi tak boleh berunding (kau tim). Anda nilai sendiri. Terima kasih PDRM.
Dalam kemalangan itu, lori yang membawa muatan daging milik majikan Muhamad Haziq mengalami masalah pecah tayar sewaktu menuruni bukit dalam keadaan hujan. Lori terbalik dan menyebabkan seorang penumpang lori patah kaki. Pemandunya pula tidak mengalami kecederaan.