Filled Under:

NGERI..!!! Badan Lelaki Ini Ditembusi Batang Buluh Sepanjang Satu Meter !!



NGERI..!!! Badan Lelaki Ini Ditembusi Batang Buluh Sepanjang Satu Meter !!

Digha (India): Seorang pemandu bas cedera parah akibat ditembusi batang buluh sepanjang hampir satu meter selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Lakshmi Kanta Bhunia, 50, cedera selepas bas yang dipandunya melanggar trak membawa batang buluh berhampiran Digha di Barat Bengal, Timur India.
Kemalangan itu menyebabkan dada kirinya ditusuk buluh sepanjang satu meter hingga tembus ke belakang badan.
Bhunia yang masih sedarkan diri dikejarkan ke hospital dan sekumpulan doktor pakar berusaha selama tiga jam untuk mengeluarkan batang buluh berkenaan.
Doktor berkata, Bhunia terselamat kerana batang buluh itu tidak mengenai organ penting di badannya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Sumber : http://www.hmetro.com.my/